Tuesday, 10 April 2012



Mestikah Mencintai Satu Sama Lain Dahulu Baru Boleh Berkahwin?

Rasa sunyi bila tiada. Rasa pilu bila tidak berhubung. Rasa lemah bila tidak berjumpa.Tetapi bukankah rasa sunyi bermaksud rindu? Bukankah bila wujud perasaan sayang dan rindu itu bermaksud cinta? Bukankah rasa pilu wujud setelah dua hati telah bertaut?Apakah cinta adalah syarat utama untuk berkahwin?

Jangan tinggalkan orang yang kita sayang untuk orang yang kita suka kerana orang yang kita suka akan tinggalkan kita untuk orang yang mereka sayang. Jangan cuba memaksa untuk dapatkan orang yang kita suka tetapi sayangilah dengan apa yang kita ada.

Cinta, kasih dan sayang itu adalah hak milik Allah. Dia berhak untuk titipkan perasaan cinta, kasih dan sayang itu kepada sesiapa sahaja. Sama juga. Dia berhak untuk menarik perasaan cinta, kasih dan sayang itu daripada sesiapa sahaja, bila-bila masa.

Tidak semestinya kita akan berkahwin dengan orang yang kita cinta 100% itu, ia akan kekal sehingga ke alam rumah tangga! Apatah lagi bercinta hingga ke syurga.

KAHWIN DULU, CINTA KEMUDIAN
Walaupun kita cuba pertahan keindahan cinta sebelum kahwin dengan apa jua istilah dan tips sekalipun. Walaupun kita membataskan banyak perkara agar sampai tidak wujud zina hati, tapi kita kena ingat.

Bila kita jatuh cinta dalam keadaan iman yang ampuh, kita senang terdedah pada penyakit hati dan tidak ramai antara kita yang imannya teguh.

Petikan hadis riwayat Bukhari dan Muslim :Ketahuilah bahawa dalam setiap jasad itu ada seketul daging yang apabila ia baik maka baiklah seluruh jasad dan apabila ia rosak, maka rosaklah seluruh jasad. Ketahuilah ia adalah hati."

Cinta sebelum kahwin sudah terbukti banyak yang melanggar prinsip Allah SWT. Ia hanya merupakan jalan hidup yang sia-sia. Jalan hidup yang penuh dengan dosa dan noda. Yakni jalan kemaksiatan yang amat dibenci oleh Allah.

Walaupun kita cuba mengindahkan cinta sebelum kahwin dengan janji-janji manis, hakikatnya yang terindah tetap cinta selepas kahwin.Walaupun kita cuba membataskan banyak perkara dan pergaulan, namun akhirnya ramai yang terbabas!Hakikatnya, fahamilah.

Cinta sebelum kahwin adalah cinta nafsu. Cinta selepas kahwin adalah cinta suci.

Cinta sebelum kahwin banyak melahirkan penzina. Cinta selepas kahwin banyak melahirkan pencinta hingga ke syurga.

Sudah banyak pengalaman orang-orang terdahulu mengajar kita betapa cinta yang berlandaskan keinginan nafsu tanpa panduan syarak gagal di pertengahan jalan. Ramai yang menjadi buta kerana cinta. Orang yang sedang bercinta selalunya tidak dapat menilai sesuatu dengan baik kerana ditutup oleh perasaan itu.

Mereka seolah-olah berada di awang-awangan. Berkhayal dengan dunia mereka sendiri tanpa ambil peduli tentang dunia.Akhirnya setelah berkahwin, barulah mereka tersedar siapa sebenarnya pasangan yang mereka cintai selama ini. Bukanlah sebaik yang disangka. Sebab itulah kita tidak hairan satu pertiga perkahwinan di barat berakhir dengan perceraian. Begitu juga dengan dunia artis kita!

Cinta yang berpandukan kecintaan kepada Allah semat-mata akan membahagiakan hati dan menenangkan jiwa manusia. Indahnya cinta bila lafaznya adalah halal!

Mereka dapat menilai baik buruk sesuatu perkara dan sanggup mengorbankan perasaan cinta dan keinginan sendiri semata-mata kerana takut akan azab Allah. Mereka yakin sepenuh hati bahawa ikatan cinta yang diredhai itulah yang akan membawa kebahagian dan keberkatan dalam hidup mereka.

Bukanlah cinta itu yang mesti diperangi kerana ia fitrah dan pendorong utama manusia hidup di dunia ini. Tetapi, tindakan melanggar hukum syarak akibat cinta yang tidak terkawal itulah yang perlu dihindari. Mudah-mudahan Allah SWT memberi petunjuk kepada muda-mudi hari ini kepada jalan yang lurus dan diredhai-Nya.

Saturday, 7 April 2012

ALHAMDULILLAH..Lepas satu bebanan.. :)







syukur alhamdulillah,,presentation final projek dah selesai (khamis 6/4/2012)..Ermm,,walaupun kena hentam ngan soaln yg agk mendalam,,tapi group kami berpuas hai ngn usaha yang dilakukan..walaupun ada perasaan sedih sikit sebab xdapat jwb soalan,,hhuhuuhu....nasib badanpape pon,,group Easy Life the bestt!!!!..thankss my group,,miza aina & kina...korang the besttt....xpe,,kena hentam pon,,,janji kita dah usaha nak wat yang terbaikk kan frennzz..thankss juga kepada PUAN DALILA sebagai penyelia projek kami yang banyak membantu group easy life untuk menyiapkan report projek..puan the besst!!sporting & trnang orangnye,,,sayang puan,,,,kawan2 yang byk membantu thnkss juga yeppp..kepada awk awak...terima kasih membantu dari jarak jauh..hehehewalaupon jauh,,tapi tetap sokong sahabatmu ini..terima kasih banyak..semoga ALLAH membalas kebaikan awak..:)kenangan bersama time presentation..:D

Tuesday, 27 March 2012

Kalau kita sukakan seseorang, jangan beritahu si dia.

Nanti Allah kurangkan rasa cinta padanya.

Tapi luahkanlah pada Allah, beritahu Allah.

Allah Maha Mengetahui siapa jodoh kita.Cintai si dia dalam diam.


Dari kejauhan disulami kesederhanaan dan keikhlasan.
Jika benar cinta itu kerana Allah,Maka biarlah ia mengalir mengikut aliran AllahKerana hakikatnya ia berhulu dari AllahMaka ia pun berhilir hanya kepada All

Bersabarlah, mungkin kamu akan menemui jodoh mu..

InsayaALLAH..AMIN

'YA ALLAH...Jikalau dia jodohku..dekatkan lah dia dengan ku..jikalau dia bukan untukku..jauhkanlah dia dari..'

Sunday, 25 March 2012

Cinta Islamik :)

Memang sudah menjadi naluri remaja untuk bercinta dan dicintai.Sudah menjadi kebiasaan apabila mereka dilamun cinta ini menjadikan agama sebagai landasan bagi menghalalkan percintaan sebelum perkahwinan yang sudah terang-terangan dalam islam.Antara ayat-ayat yang sering kali diungkapkan seandainya berbicara tentang cinta adalah :
‘ala..aku couple dengan dia sebab nak tolong dia berubah..’
‘saya cintakan awak kerana Allah..’
‘Kita couple tapi bukan buat maksiat pun..’
Firman Allah S.W.T:
“Dan janganlah kalian mendekati zina; Sesungguhnya zina itu adalah suatu perbuatan yang keji. dan suatu jalan yang buruk.” (Al-Israa’: 32)
Allah menurunkan ayat ini kerana iman manusia ada turun naik nya, mungkin hari ini iman kita setebal tembok batu tapi mungkin keesokannya iman kita menjadi lebih nipis daripada kulit bawang. Bagaimana kita bisa menjamin kekuatan iman kita sedangkan kita mendekati zina? Bercinta atau lebih tepat ber’couple’ sebelum adanya ikatan perkahwinan yang sah adalah landasan utama yang akan mendekatkan diri kita dengan zina. Bermula dengan perasaan sayang yang konon-konon berlandaskan agama, secara automatik perasaan rindu akan terbit. Rindu ini akan membelenggu minda dan menjadikan kita alpa.
‘macam mana nak cakap dengan dia ni? Aku sayang dia!’
‘kalau minta ‘break’, nanti dia sanggup tunggu aku ke?’
‘tak apa kot, kami bukan macam pasangan lain,kami jaga pergaulan walaupun ‘couple’
‘kita couple ni kan sebab nak berubah sama-sama. Tak salah..’
Sahabat, andai percintaan ini berjaya berakhir dengan pernikahan yang sah sekalipun ia terbina atas dasar maksiat. Kesannya?. Nauzubillah! Hanya Allah sahaja yang mengetahui segala-galanya.
Menolak cinta sebelum adanya pernikahan yang sah tidak bermakna kita perlu beserah 100% tanpa usaha. Usaha yang perlu kita lakukan adalah dengan menjadi hamba Allah yang terbaik dan sentiasa berdoa kepada-Nya. Sebagaimana janji Allah yang berbunyi, Allah menciptakan lelaki yang baik adalah untuk perempuan yang baik. Begitulah juga sebaliknya.
Firman Allah di dalam Surah An-Nur:
“dan wanita-wanita yang baik adalah untuk laki-laki yang baik dan laki-laki yang baik adalah untuk wanita-wanita yang baik (pula).” (Al-Nur 24 :26)
Iya, untuk sabar dan menolak sesuatu yang telah menjadi ‘realiti kehidupan’ ini memang pahit, tapi yakinlah bahawa buahnya sangat manis. Insya-Allah! Ayuh! Kita sibukkan diri agar dapat kuatkan diri dan hati. Ayuh! Kita ubah prinsip, andai sebelum ini kita jadikan agama landasan untuk menghalalkan apa yang haram, sekarang kita jadikan agama sebagai landasan menolak untuk mengadakan hubungan percintaan sebelum pernikahan. Ayuh! Kita abadikan doa ajaran Rasulullah ini dalam sujud ;
“Ya Tuhan kami, anugerahkanlah kepada kami pasangan kami dan keturunan kami sebagai penyenang hati (kami), dan jadikanlah kami pemimpin orang-orang bertaqwa” (Al-Furqan 25:74″)
Ingatlah! percintaan selepas adanya ikatan perkahwinan yang sah akan mendapat keberkatan Allah, mawaddah warahmah akan kekal subur dan sentiasa mekar dalam keberkatan.
Nota Cinta :
Cinta Islamik atau Islamic Love hanya wujud selepas nikah jer
Bercinta lepas nikah lebih indah dan berkat(orang kata dan memang pun)
jangan ber”couple ” sebelum nikah nanti dah nikah dah bosan untuk couple…

Wanita Solehah Lebih Baik Dari Bidadari Syurga


Wanita solehah tidak boleh sembarangan mencintai lelaki. Lelaki yang paling wajar dicintai oleh wanita solehah ialah Nabi Muhammad SAW. Ini kerana Nabi Muhammad SAW adalah pembela nasib kaum wanita. Baginda telah mengangkat martabat kaum wanita daripada diperlakukan dengan kehinaan pada zaman jahiliyah, khususnya oleh kaum lelaki.
Ajaran yang dibawa oleh Nabi Muhammad SAW juga berjaya menyempurnakan budi pekerti kaum lelaki. Ini membawa keuntungan kepada kaum wanita kerana mereka mendapat kebebasan dalam kawalan dan perlindungan keselamatan oleh kaum lelaki. Iaitu dengan mengikuti ajaran Nabi Muhammad SAW menjadikan bapa atau suami mereka berbuat baik dan bertanggungjawab ke atas keluarganya. Demikian juga dengan kedatangan Rasulullah SAW telah menjadikan anak-anak tidak lupa untuk berbakti kepada ibu mereka, cthnya seperti Uwais Al-Qarni.

salah satu tanda kasih Baginda SAW terhadap kaum wanita ialah dengan berpesan kepada kaum lelaki agar berbuat baik kepada wanita, khususnya ahli keluarga mereka. Rasulullah SAW sendiri menjadikan diri dan keluarga baginda suri teladan kepada kaum lelaki untuk bagaimana berbuat baik dan memuliakan kaum wanita.
Rasulullah SAW bersabda,
“Orang mukmin yang paling sempurna imannya ialah yang paling baik akhlaknya, dan yang berbuat baik kepada ahli keluarganya.” (Riwayat Abu Daud dan Tirmizi)
Lagi sabda Rasulullah SAW,
“Sebaik-baik kamu adalah yang terbaik terhadap keluarganya; dan aku adalah yang terbaik dari kamu terhadap keluargaku. Orang yang memuliakan kaum wanita adalah orang yang mulia, dan orang yang menghina kaum wanita adalah orang yang tidak tahu budi.” (Riwayat Abu ‘Asakir)
Tapi betul ke wanita solehah itu lebih baik daripada bidadari syurga?
Daripada Umm Salamah, isteri Nabi SAW, katanya(di dalam sebuah hadis yang panjang):
Aku berkata, “Wahai Rasulullah! Adakah wanita di dunia lebih baik atau bidadari?”
Baginda menjawab, “Wanita di dunia lebih baik daripada bidadari sebagaimana yang zahir lebih baik daripada yang batin.”
Aku berkata, “Wahai Rasulullah! Bagaimanakah itu?”
Baginda menjawab, “Dengan solat, puasa dan ibadat mereka kepada Allah, Allah akan memakaikan muka-muka mereka dengan cahaya dan jasad mereka dengan sutera yang berwarna putih,berpakaian hijau dan berperhiasan kuning….(hingga akhir hadis)” (riwayat al-Tabrani)
Terkejut bila membaca hadis ni dan ingin berkongsi bersama rakan-rakan lain. Sungguh tinggi darjat wanita solehah, sehingga dikatakan lebih baik daripada bidadari syurga. Semoga hadis ini menjadi inspirasi bagi kita semua dalam memperbaiki diri agar menjadi lebih baik daripada bidadari syurga. InsyaAllah..
Tapi, bagaimana yang dikatakan wanita solehah itu?
Ikuti kisah berikut, semoga kita sama-sama beroleh pengajaran.
Seorang gadis kecil bertanya ayahnya “ayah ceritakanlah padaku perihal muslimah sejati?”
Si ayah pun menjawab “anakku,seorang muslimah sejati bukan dilihat dari kecantikan dan keayuan wajahnya semata-mata.wajahnya hanyalah satu peranan yang amat kecil,tetapi muslimah sejati dilihat dari kecantikan dan ketulusan hatinya yang tersembunyi.itulah yang terbaik”
Si ayah terus menyambung
“muslimah sejati juga tidak dilihat dari bentuk tubuh badannya yang mempersona,tetapi dilihat dari sejauh mana ia menutupi bentuk tubuhnya yang mempersona itu.muslimah sejati bukanlah dilihat dari sebanyak mana kebaikan yang diberikannya ,tetapi dari keikhlasan ketika ia memberikan segala kebaikan itu.muslimah sejati bukanlah dilihat dari seberapa indah lantunan suaranya tetapi dilihat dari apa yang sering mulutnya bicarakan.muslimah sejati bukan dilihat dari keahliannya berbahasa,tetapi dilihat dari bagaimana caranya ia berbicara dan berhujah kebenaran”
Berdasarkan ayat 31,surah An Nurr,Abdullah ibn abbas dan lain-lainya berpendapat.Seseorang wanita islam hanya boleh mendedahkan wajah,dua tapak tangan dan cincinnya di hadapan lelaki yang bukan mahram(As syeikh said hawa di dalam kitabnya Al Asas fit Tasir)
“Janganlah perempuan -perempuan itu terlalu lunak dalam berbicara sehingga menghairahkan orang yang ada perasaan dalam hatinya,tetapi ucapkanlah perkataan yang baik-baik”(surah Al Ahzab:32)
“lantas apa lagi ayah?”sahut puteri kecil terus ingin tahu.
“ketahuilah muslimah sejati bukan dilihat dari keberaniannya dalam berpakaian grand tetapi dilihat dari sejauh mana ia berani mempertahankan kehormatannya melalui apa yang dipakainya. Muslimah sejati bukan dilihat dari kekhuwatirannya digoda orang di tepi jalanan tetapi dilihat dari kekhuwatirannya dirinyalah yang mengundang orang tergoda.Muslimah sejati bukanlah dilihat dari seberapa banyak dan besarnya ujian yang ia jalani tetapi dilihat dari sejauh mana ia menghadapi ujian itu dengan penuh rasa redha dan kehambaan kepada TUHAN nya,dan ia sentiasa bersyukur dengan segala kurniaan yang diberi”
“dan ingatlah anakku muslimah sejati bukan dilihat dari sifat mesranya dalam bergaul tetapi dilihat dari sejauh mana ia mampu menjaga kehormatan dirinya dalam bergaul”
Setelah itu si anak bertanya “Siapakah yang memiliki criteria seperti itu ayah? Bolehkah saya menjadi sepertinya? Mampu dan layakkah saya ayah?”
Si ayah memberikan sebuah buku dan berkata “Pelajarilah mereka! Supaya kamu berjaya nanti. INSYA ALLAH kamu juga boleh menjadi muslimah sejati dan wanita yang solehah kelak, malah semua wanita boleh”
Si anak pun segera mengambil buku tersebut lalu terlihatlah sebaris perkataan berbunyi ISTERI RASULULLAH.
“Apabila seorang perempuan itu solat lima waktu ,puasa di bulan ramadhan ,menjaga kehormatannya dan mentaati suaminya,maka masuklah ia ke dalam syurga dari pintu-pintu yang ia kehendakinya”(riwayat Al Bazzar)


Sunday, 11 December 2011

hari yang mendebarkan & merisaukan,..RESULTT!!!!!

Alhamdulillah syukur sangat2 result ok...lulus semua modul..tapi xcapai target pon...
xtau npe sem ni cpt sgt tangan nak klik keputusan exam....
hasilnya alhamdulillah...pointer pon naik....:)
thankss lecture n kwn2 yg byk membantu mimi..
luvvvv uuuuuuuuuuu all!!!!

Saturday, 10 December 2011

11/12/2011.... kenduri + gerhana bulan...(kagum melihat keindahannya,,tetapi mesti ingat disebalik keindahannya)

tengahari dalam kol 11.45,,,family dah bersiap untuk pergi knduri umh makcik yam...wahhhhh,,memang meriah sangat2...dengan tema pink + hijau pokok pisang...kami xpakai la warna tema tu..heheheh...first,,berposing dengan pengantin...wah wah wah..meme over la saya.. :P....apastu makan cendol n pasembur...hurmm..coz ramai sangat terpaksa la beratur ambil nasi..lauk2 nye memang sedappppppppppppppppppppp......"makcik,,saya nak isi ayam xnak tulang'..boleh makcik tu wat do nooo n bg tulang kat saye,,nasib badan....

lepas solat isyak,,,abang n kak ipar ajak p giant,,nk beli barang sikit...yang pasti kami tengok gerhana bulan dulu....sungguh indah,,,tetapi dalam keindahan tu kita kena ingat disebalik keindahan kejadian tersebut...lepas beli semua barang,,,on day way nk makan,,,time on daytu,,akak ipar tgk bulan,,apa lg,,smua buka tgkap nk tgk bulan...yang kelakarnye abg tgh drive pon dok jenguk2 tengok...haii,,yang paling kelakarnye,,asal nak tgk bulan je dah terlindung ngn awan,...abang semangat berhnti kete..last2 bulan dah terlindung ngn awan..hehehehhehe..samapai je kat tempat nak makan...baru la nmpk gerhana bulan..
           .alhmdulillah tahun ni dapat juga tengaok kejadian tersebut....tapi  kita kena ingat ada kejadian lain disebalik kejadian gerhana bulan tersebut,,,selalu la beringat n insafi wahai hamba ALLAH....